PHNOM PENH, 1 Mac – Seorang bekas tentera Kemboja yang menganggur dibicarakan hari ini bagi pembunuhan di siang hari seorang pengkritik kerajaan Kem Ley, pembunuhan yang mengundang kesedihan meluas di sebuah negara yang mempunyai sejarah hitam pembunuhan politik.
Oeuth Ang, 39 tahun diberkas sejurus selepas dia dikatakan menembak Kem Ley di kepala, ketika mangsanya itu sedang bersarapan pagi di sebuah stesen minyak Phnom Penh pada Julai tahun lalu.
Berpuluh-puluh ribu muncul bagi upacara pengebumian Kem Ley dalam pemandangan yang menggentarkan kerajaan orang kuat yang memerintah, Hun Sen.
Pemerintahan beliau yang lebih tiga dekad telah menyaksikan banyak pengkritik dibunuh dalam kes-kes yang jarang sekali diselesaikan, terutamanya dalam tahun 1990an dan awal 2000an.
Kerajaan berikrar akan memburu sesiapa yang bertanggung jawab di atas pembunuhan Kem Ley.
Ketika perbicaraan berjalan di Phnom Penh, pihak pendakwa telah membacakan laporan polis yang membutirkan apa yang dikatakan motif-motif Oeuth Ang.
“Itu adalah kerana dia menipu saya $3,000 dan dia telah berjanji akan membina rumah konkrit untuk saya,” laporan polis memetik Oeuth Ang sebagai berkata, dengan menambah kata bahawa “tidak sesiapa pun mengarahkan saya,” untuk melakukan pembunuhan.
Menurutnya dia bertindak sendirian.
Namun motifnya dipersoalkan oleh isteri Kem Ley, yang sejak itu telah lari ke Thailand dan memohon suaka di Australia, dan juga rakan-rakan mangsa dan penjenayah.
Laporan media Kambodia mengatakan jarang sekali mempunyai wang sejak dia meninggalkan perkhidmatan tentera.
Seorang lelaki yang gemar berjudi, rakan-rakan mengatakan dia akan menghabiskan masa di kuil-kuil Buddha sebagai sami apabila dia kehabisan wang.
Juga dipersoalkan tentang kesihatan mental Oeuth Ang’s. – AFP