Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Bekas tentera larikan diri berjaya ditahan

    LONDON, 11 SEPT – Seorang bekas tentera yang berdepan tuduhan berkaitan keganasan dihadapkan ke mahkamah di London hari ini, selepas dituduh melarikan diri dari penjara tempat dia ditahan.

    Daniel Khalife, 21, ditangkap pada Sabtu lalu selepas usaha pencarian besar-besaran dilakukan oleh pihak polis selama empat hari untuk mencarinya selepas dia menghilang dari penjara Wandsworth di selatan London.

    Dia mengikat dirinya di bahagian bawah sebuah trak penghantaran makanan, mungkin menggunakan cadar katil, untuk melarikan diri, seperti yang diberitahu di Mahkamah Majistret Westminster.

    Khalife, yang memakai baju kelabu dan seluar joging, muncul di dalam kandang mahkamah, diapit oleh dua pegawai polis dan seorang pengawal keselamatan.

    Dia hanya bercakap untuk mengesahkan nama dan tarikh lahirnya dan ditahan reman sehingga perbicaraan selanjut di mahkamah Old Bailey di London pada 29 September.

    Khalife sedang menunggu perbicaraan berhubung dua insiden di Pangkalan Tentera Udara Diraja di Stafford, England Tengah, berhampiran kem tentera di tempat dia tinggal.

    Dia telah dituduh ‘cuba mengumpul maklumat yang berkemungkinan berguna kepada seseorang yang ingin melakukan atau bersedia hendak bertindak melakukan keganasan’ pada bulan Ogos 2021.

    Dia juga dituduh melakukan penipuan bom di pangkalan itu pada 2 Januari tahun ini. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...