Bekas TPM didakwa – SPRM

PUTRAJAYA, 25 JUN – Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok (26 Jun) dan Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 27 Jun, menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata ia telah mendapat izin mendakwa, daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Ahmad Zahid.

SPRM berkata Ahmad Zahid bakal menghadapi beberapa pertuduhan di kedua-dua mahkamah tersebut mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009 dan 165 Kanun Keseksaan. – Bernama