Bekas wanita pertama Mesir

KAHERAH, 21 NOV – Salah seorang anak kepada bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak berkata ibunya yang juga merupakan bekas wanita pertama Mesir kini sedang sakit dan ditahan di hospital.

Alaa Mubarak dalam tweetnya kelmarin berkata bahawa Suzanne Mubarak kini sedang berada dalam penjagaan rapi tetapi dia tidak menerangkan lebih lanjut mengenai sakit yang dihidapi oleh ibunya. Dia juga menulis dalam tweet bahawa semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja.

Ketika pemerintahan Hosni, Suzanne telah menikmati pelbagai kemudahan dalam pemerintahan kekuasaan politik suaminya termasuklah mengendalikan beberapa projek termasuk dalam usahanya untuk memperkasa keupayaan dalam kalangan wanita.

Hosni, yang kini berumur 91 tahun disingkirkan pada tahun 2011 selepas kebangkitan parti kanan Mesir sebagai sebahagian daripada pergerakan baharu di rantau itu. – AP

Gambar fail pada 19 Februari 2003 menunjukkan Suzanne ketika tiba di Berlin. – AP