Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Bekas wartawan Rusia berdepan hukuman penjara 24 tahun

    MOSCOW, 30 OGOS – Pendakwa raya Rusia meminta mahkamah hari ini menjatuhkan hukuman penjara 24 tahun ke atas seorang bekas wartawan atas dakwaan khianat.

    Ivan Safronov yang bekerja sebagai wartawan selama sedekad sebelum menjadi penasihat kepada ketua perbadanan angkasa lepas Rusia Roscosmos, telah berada dalam penjara sejak penahanannya pada Julai 2020 di Moscow. Dia telah menolak tuduhan menyerahkan rahsia ketenteraan kepada perisikan Czech dan menegaskan dia tidak bersalah.

    Kes Safronov mencerminkan cabaran yang dihadapi oleh wartawan Rusia yang semakin sukar di tengah-tengah tindakan ketenteraan Moscow di Ukraine. Safronov membuat liputan isu ketenteraan dan keselamatan untuk berita harian terkemuka Rusia, Kommersant, sebelum menyertai Roscosmos.

    Dia menyatakan telah mengumpul semua maklumat daripada sumber terbuka semasa menjalankan tugasnya dan tidak melakukan apa-apa yang menyalahi undang-undang. Dia berhujah bahawa penyiasat telah gagal menjelaskan tuduhan pengkhianatan dan menjelaskan rahsia yang didakwanya didedahkan.

    Terdapat desakan daripada kumpulan wartawan dan aktivis hak asasi manusia agar Safronov dibebaskan serta mendakwa pihak berkuasa mahu membalas dendam atas laporan yang dibuat oleh Safronov yang mendedahkan insiden ketenteraan Rusia dan perjanjian senjata yang mencurigakan. – AP

    Ivan Safronov semasa perbicaraan di bilik mahkamah di Moscow. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...