Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekerja sebagai penguji sofa selama 10 jam sehari

    BERUSIA 26 tahun, Anna Cherdantseva, dari bandar Ufa, Bashkortostan Republic, Rusia, adalah seorang penguji sofa sepenuh masa, menghabiskan sehingga 10 jam setiap hari bagi menguji keselesaan dan keselamatan sofa.

    Bulan lepas, sebuah syarikat perabot gergasi di Rusia, MZ5 Group, telah mengumumkan bahawa mereka akan mengambil permohonan bagi satu jawatan baru – sebagai penguji sofa sepenuh masa. Walapun kesemua produk-produk terbaru diuji di dalam sebuah makmal khusus, pihak pengurusan memutuskan bahawa dalam usaha untuk mengetahui permintaan pengguna, ia memerlukan beberapa maklum balas dari pengguna sebenar yang menggunakan sofa-sofa tersebut. Dalam hanya beberapa hari, MZ5 telah menerima lebih 5,000 permohonan daripada pencari-pencari pekerjaan yang akan menghabiskan masa mereka dengan hanya duduk dan berbaring di atas sofa.

    “Kami telah memilih calon-calon dalam beberapa peringkat,” kata jurucakap MZ5 Group, Anastasia Russkih. “Pada mulanya kami akan memeriksa kurikulum vitae (CV) mereka, dan kemudian kami membiarkan mereka untuk menjelaskan kenapa mereka benar-benar mahukan pekerjaan itu.” Akhirnya, pihak syarikat perabot menyenarai pendek kepada hanya tujuh orang calon, salah seorangnya adalah Anna Cherdantseva, seorang pakar pemasaran berusia 26 tahun, terbukti calon yang paling sesuai bagi pekerjaan itu.

    Berusia 26 tahun, Anna Cherdantseva, dari bandar Ufa, Bashkortostan Republic, Rusia adalah seorang penguji sofa sepenuh masa, menghabiskan sehingga 10 jam setiap hari bagi menguji keselesaan dan keselamatan sofa.
    Berusia 26 tahun, Anna Cherdantseva, dari bandar Ufa, Bashkortostan Republic, Rusia adalah seorang penguji sofa sepenuh masa, menghabiskan sehingga 10 jam setiap hari bagi menguji keselesaan dan keselamatan sofa.
    MZ5 Group telah menerima lebih 5,000 permohonan daripada pencari-pencari pekerjaan yang akan menghabiskan masa mereka dengan hanya duduk dan berbaring di atas sofa.
    MZ5 Group telah menerima lebih 5,000 permohonan daripada pencari-pencari pekerjaan yang akan menghabiskan masa mereka dengan hanya duduk dan berbaring di atas sofa.

    “Saya merasai persaingan yang sangat sengit, ia merupakan satu perjuangan sebenar untuk mendapatkan pekerjaan impian saya ini,” kata Anna setelah terpilih. “Saya mempunyai banyak idea dalam meningkatkan kualiti sofa-sofa, tetapi saya lebih mengutamakan untuk tidak bercakap mengenainya buat masa sekarang. Saya percaya, saya akan cuba melakukan pekerjaan di antara saya dan sofa-sofa.

    Walaupun menggambarkan dirinya sebagai seorang yang aktif, Cherdantseva mengatakan bahawa menghabiskan masa kira-kira 10 jam sehari duduk di sofa bukanlah sesuatu yang buruk. “Sudah tentu saya akan menghabiskan kebanyakan masa saya di sofa yang baru. Lebih lama saya berada di sofa itu, maka itu adalah lebih baik,” katanya kepada pemberita.

    Anna Cherdantseva kini berada dalam tempoh tiga bulan percubaan di MZ5, tetapi syarikat itu mendakwa selagi mana beliau menunjukkan prestasi yang baik, maka mereka akan menawarkan kepadanya jawatan tetap sebagai penguji sofa. Gadis muda itu akan menerima gaji bulanan sebanyak 56,000 rubles (AS$1,000) bagi tiga bulan pertama. Ia satu tawaran yang menarik.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda