Saturday, October 5, 2024
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekerjasama banteras berita palsu

    PARIS, 7 Feb – Wartawan Perancis sedang bergabung dengan syarikat Internet Amerika Google dan Facebook untuk menentang propaganda dan maklumat salah di Internet, mencerminkan usaha sama yang telah pun dilancarkan di Amerika Syarikat dan Jerman.

    Akhbar harian Perancis Le Monde berkata ia adalah salah satu daripada lapan pertubuhan media yang bekerja dengan laman rangkaian sosial Facebook untuk memeriksa isi kandungan yang dipertikaikan sebelum pilihan raya presiden akan datang di Perancis. Pada masa yang sama, First Draft News berkata semalam ia sedang bekerjasama dengan News Lab Google untuk melancarkan CrossCheck, satu projek pengesahan yang bertujuan membantu pengundi Perancis “memahami apa dan siapa yang dipercayai di Internet.”

    Google dan Facebook telah pun diawasi mengenai peranan mereka dalam mempercepat penyebaran tipu helah, teori pengkomplotan dan propaganda – ada kalanya dirujuk dengan istilah “berita palsu.”

    Timbulnya hujah-hujah mengatakan berita palsu membantu menjamin kemenangan Donald Trump, di mana dakwaan palsu mengenai bekas Presiden Barack Obama membantu menetap asas untuk kempennya sendiri. Penyelidikan terbaru telah mempersoalkan kesan propaganda dan tipu helah, namun dengan pilihan raya Perancis hanya tinggal dua setengah bulan, pemerhati media di sini berasa bimbang untuk mengelak satu ulangan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda