Tuesday, May 30, 2023
23.6 C
Brunei

    -

    Belajar tangani kecemasan kebakaran

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JUN – Seramai 272 orang murid dan guru-guru di Sekolah Ugama Begawan Pehin Udana Khatib Haji Awang Omar, Kampung Setia, kelmarin telah mengikuti latihan teori dan praktikal berkaitan cara-cara menyelamatkan diri jika terperangkap di dalam bangunan sekolah apabila berlakunya kebakaran.

    Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) yang diterima hari ini, latihan keselamatan itu dikendalikan oleh Unit Perhubungan Awam, Cawangan Operasi ‘D’, JBP.

    Selain tatacara menyelamatkan diri daripada terperangkap dalam bangunan sekolah bila berlakunya kebakaran, pihak JBP juga mengongsikan pengetahuan dan kemahiran tindakan yang perlu dilakukan apabila berdepan insiden kebakaran di bangunan sekolah dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik.

    Selain itu, latihan turut menekankan kepada warga sekolah untuk sentiasa memastikan bangunan dilengkapi dengan alat pemadam api ringan jenis debu kering 4kg dan selimut api.

    Pegawai bomba dan penyelamat semasa mengendalikan latihan keselamatan kebakaran di Sekolah Ugama Begawan Pehin Udana Khatib Haji Awang Omar, Kampung Setia, baru-baru ini. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -