Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Belanda akhiri rekod tanpa kalah Wales

    CARDIFF, UNITED KINGDOM, 9 JUN – Wout Weghorst menamatkan rekod 19 perlawanan tanpa kalah Wales ketika Belanda menewaskan pasukan tersebut 2-1 dalam perlawanan Liga Negara-Negara yang berlangsung di Cardiff, kelmarin.

    Sementara itu, Wales bakal beraksi di Qatar pada November ini untuk membuat penampilan pertama mereka dalam Piala Dunia dalam 64 tahun apabila menewaskan Ukraine 1-0 pada perlawanan playoff pada Ahad lalu.

    Walau bagaimanapun, pasukan Robert Page, yang akan berdepan dengan pasukan Amerika Syarikat (AS), Iran dan England dalam peringkat kumpulan di Qatar nanti, menyedari bahawa mereka telah mengalami dua kekalahan dalam Kumpulan A4, Liga Negara-Negara selepas tewas di Poland pada minggu lalu.

    Dalam perlawanan yang berlangsung kelmarin, Rhys Norrington-Davies menyamakan kedudukan untuk Wales pada masa kecederaan berikutan gol daripada Teun Koopmeiners pada awal separuh masa kedua.

    Weghorst kemudian menamatkan perlawanan tersebut dengan menambah mata untuk Belanda, hanya beberapa saat ketika pasukan tersebut berjaya menghentikan rekod tanpa kalah Wales.

    Buat kali pertama sejak November 2018, Wales tewas di hadapan khalayak penyokongnya sendiri tetapi kejayaan mereka melepasi kelayakan Piala Dunia mampu menghilangkan kekecewaan bahawa kemenangan yang diraih Weghorst tersebut tidak akan bertahan lama.

    “Ia adalah perlawanan yang sukar, skuad kami tidak memberikan sepenuh tenaga mereka,” kata kapten Wales, Gareth Bale.

    “Mereka adalah antara pasukan bertaraf dunia dan kami berhak menguji kemampuan kami dalam menentang pasukan terbaik,” tambahnya.

    Perlawanan tersebut adalah kemenangan kedua Belanda, yang telah menewaskan Belgium pada Jumaat lalu. Selain itu, pasukan tersebut juga telah melayakkan diri ke pentas Piala Dunia, mempunyai rekod tanpa kalah dalam 11 perlawanan sejak Louis van Gaal mengendali pasukan buat kali ketiga sejak Ogos lalu. – AFP

    Aksi Wout Weghorst (kiri) mencabar Chris Mepham semasa perlawanan antara Wales dan Belanda dalam aksi Kumpulan A4, Liga Negara-Negaraa UEFA di Stadium Cardiff, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...