THE HAGUE, 16 FEB – Belanda semalam mengumumkan akan menarik balik hampir kesemua sekatan COVID-19, sekali gus menjadi negara Eropah yang terkini mengorak langkah ke arah kehidupan sebelum pandemik meskipun jangkitan Omicron masih tinggi.
Menteri Kesihatan Belanda, Ernst Kuipers, berkata pub, restoran dan kelab malam akan kembali kepada waktu operasi seperti sebelum pandemik, dan penggunaan pas kesihatan akan dimansuhkan menjelang 25 Februari depan.
Beliau berkata penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di kebanyakan tempat, selain tempoh kuarantin mereka yang disahkan positif COVID-19 disingkatkan kepada hanya lima hari. – AFP