Belanda benam Estonia 5-0

AMSTERDAM, 20 NOV – Kapten Georginio Wijnaldum menjaringkan hatrik kelmarin dan Myron Boadu menjaringkan gol bagi aksi kembalinya tatkala pemain Belanda melengkapkan kempen Kelayakan Kejohanan Eropah dengan mengalahkan Estonia 5-0.

Jaringan terikat 0-0 pada Sabtu lalu menentang Ireland Utara membolehkan Belanda berjaya ke pusingan kelayakan pertama bagi perlawanan yang besar sejak menduduki tempat ketiga Piala Dunia di Brazil 2014. Belanda menduduki tangga kedua dalam Kumpulan C di belakang Jerman yang menewaskan Ireland Utara 6-1 awal kelmarin.

Wijnaldum yang memakai pembalut kapten dengan ketiadaan Virgil van Dijk, membuka jaringan dengan tandukan di minit keenam perlawanan dan tenang menjaringkan gol memintas penjaga gol Estonia pada minit ke-66 dan 79.

Pemain pertahanan Nathan Ake menja-ringkan gol kedua buat Belanda dengan tandukan di minit ke-19 dan Boadu melepasi bola berdepan dengan Lepmets untuk menjaringkan gol di minit ke-87. Dengan Kelayakan yang meyakinkan, Jurulatih Ronald Koeman memberikan debut kepada dua orang pemain muda dari AZ Alkmaar. Penyerang pemain tengah Calvin Stengs memulakan perlawanan dan memberikan dua assists untuk gol Wijnalsum, sementara itu pemain berusia 18 tahun Boadu masuk di separuh masa pertama dalam pertukaran pemain.

Wijnaldum meraikan gol pertamanya dengan berlari ke touchline diikuti dengan pemain tengah Frenkie De Jong dan kedua-dua pemain itu memegang tangan masing-masing sebagai simbol menentang diskriminasi perkauman.

Pemain tengah Liverpool itu berkata, bertekad untuk menentang diskriminasi perkauman dalam sidang akhbar Isnin lalu, sehari selepas perlawanan liga Belanda Divisyen Kedua di antara FC Den Bosch dan Excelsior Rotterdam yang ditangguhkan. – AP

Pemain Belanda meraikan jaringan bersama Georginio dalam perlawanan Kumpulan C antara Belanda dan Estonia di Johan Cruff Arena, Amsterdam. – AP