Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Belanda guna Pegasus kesan penjenayah

    THE HAGUE, 3 JUN – Perkhidmatan rahsia Belanda telah menggunakan perisian pengintip kontroversi Israel yang dikenali sebagai Pegasus bagi menggodam sasaran termasuk penjenayah paling dikehendaki di negara itu, menurut laporan berita kelmarin.

    Perkhidmatan rahsia AIVD Belanda pada 2019 telah menggunakan perisian yang dibeli daripada Kumpulan NSO Israel untuk mengakses raja dadah iaitu Ridouan Taghi, ketika dia melarikan daripada polis, lapor harian Volkskrant.

    Pegasus, yang boleh menghidupkan kamera atau mikrofon telefon serta mengumpul datanya, diselubungi kontroversi Julai lalu selepas beberapa media melaporkan bahawa kerajaan di seluruh dunia telah menggunakannya bagi mengintip pihak musuh.

    Berdasarkan empat sumber tanpa nama, Volkskrant berkata walaupun mengesan penjenayah bukanlah tugas AIVD, namun ia masih membantu polis Belanda mencari Taghi, yang ditahan di Dubai pada 2019.

    Taghi, 44, dan 16 yang lain kini dibicarakan atas tuduhan termasuk kes pembunuhan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...