Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Belanda rampas dadah bernilai AS$143 juta

    HAGUE, 29 DIS – Pihak Kastam Belanda berjaya merampas lebih 1.6 tan kokain, disembunyikan dalam penghantaran pisang, biji koko dan simen di pelabuhan Rotterdam, menurut kenyataan pejabat pendakwa raya hari ini.

    Dadah diseludup itu, dianggarkan bernilai AS$143 juta disimpan dalam tiga buah kontena yang tiba di pelabuhan terbesar di Eropah.

    “Kontena pertama yang datang dari Ecuador dan dipenuhi dengan pisang untuk sebuah syarikat di Barendrecht,” kata pendakwa raya.

    “Dadah dalam kontena kedua dijumpai bersama timbunan biji koko, dari Ecuador tetapi dibawa melalui Colombia dan sampai menerusi Antwerp,” menurut satu kenyataan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...