Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belanda sedia bantu Vietnam hadapi perubahan iklim

    HANOI, 4 Okt – Belanda sedia berkongsi pengalaman dan bekerjasama dengan hab ekonomi selatan Vietnam di Bandar Ho Chi Minh bagi menghadapi perubahan iklim, lapor agensi berita Vietnam (VNA). Duta Belanda ke Vietnam, Nienke Trooster membuat kenyataan itu ketika bertemu Setiausaha perbandaran Jawatankuasa Parti Nguyen Thien Nhan di Bandar Ho Chi Minh kelmarin.

    Konsul Jeneral Belanda yang baharu di Bandar Ho Chi Minh, Carel Ritcher, turut hadir pada pertemuan itu bagi membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama.

    Belanda akan membantu Bandar Ho Chi Minh melaksanakan projek pengurusan sumber air, pencegahan banjir, penyesuaian perubahan iklim dan pencerobohan air asin.

    Trooster berkata sebuah takungan yang dikawal selia – satu projek bersama antara bandar Rotterdam dan Ho Chi Minh – di Daerah 4 dijangka membantu kawasan metropolis Vietnam membendung kejadian banjir.

    Pakar Belanda akan menyediakan kakitangan projek Vietnam dengan penyelesaian bagi membendung penenggelaman, pencerobohan air asin dan menguruskan sumber air, katanya.

    Beliau turut memuji potensi kerjasama antara Belanda dan Bandar Ho Chi Minh selain berharap ahli perniagaan Belanda boleh bekerjasama dan melabur dalam bidang penerbangan serta pengeluaran semikonduktor. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda