Belanja AS$40,000 untuk penutup muka emas

PUNE, 6 JULAI – Seorang lelaki di India sanggup menghabiskan AS$40,000 untuk topeng muka khas bagi melindungi-nya daripada penyakit COVID-19.

Ahli perniagaan, Shankar Kurhada, 49, dari bandar Pune mengatakan penutup hidung dan mulut bersalut emas itu mengambil masa lapan hari untuk dihasilkan.

“Ia sejenis penutup mulut dan hidung nipis dan mempunyai liang kecil yang membolehkan saya bernafas. Saya tak pasti sama ia boleh melindungi saya daripada jangkitan COVID-19, namun saya turut melaksanakan langkah-langkah berjaga yang lain,” katanya.

Kurhada menjelaskan dia suka memakai perhiasan emas termasuk gelang tangan dan rantai yang beratnya ada yang mencecah sehingga satu kilogram.

“Saya mendapat idea selepas membaca laporan media tentang seorang lelaki memakai topeng muka diperbuat daripada perak. Orang ramai turut meminta untuk berswafoto bersama saya. Mereka kagum melihat saya memakai penutup mulut dan hidung emas ini di pasar,” ujarnya.

Ketika ini, India telah mewajibkan pemakaian penutup mulut dan hidung di tempat awam sebagai usaha untuk membendung penularan Covid-19 yang telah mencatatkan 697,400 kes jangkitan dan lebih 19,693 kematian. – AFP

Kurhada memakai penutup mulut dan hidung bersalut emas bernilai AS$40,000. –AFP