Tuesday, April 16, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Belanjawan 2023: Hasrat golongan belia

    PONTIAN, 29 JAN – Pemilikan rumah mampu milik merupakan antara intipati atau hasrat yang diutarakan oleh golongan belia dalam sesi dialog Belanjawan 2023 yang diadakan pada minggu lepas.

    Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata selain itu mereka juga turut menyuarakan hasrat agar lebih banyak peluang pekerjaan dapat disediakan untuk memastikan kelangsungan hidup.

    Menurutnya, golongan beliau itu juga berharap agar lebih banyak bantuan disediakan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta memberikan potongan cukai tertentu kepada syarikat agar mereka boleh menghulurkan sumbangan kepada kumpulan dan persatuan sukan.

    “Kita ada team dari pasukan belanjawan yang hadir setiap dialog untuk catat dan merumuskan apa yang terbaik yang boleh dipakai dalam pembentangan belanjawan nanti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Tangki Air Baharu Benut, di sini, hari ini.

    Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Pontian berkata apa yang menariknya pada tahun ini adalah terdapat dua kali pembentangan belanjawan.

    “Kalau (permohonan pelbagai pihak ini) tidak masuk dalam Belanjawan 2023 pada 24 Februari ini, mungkin akan masuk dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada Oktober atau November depan,” katanya.

    Sebanyak 18 sesi dialog Belanjawan 2023 dianjurkan kerajaan di seluruh negara bermula Khamis lepas sehingga 10 Februari depan untuk mendapatkan maklum balas serta pandangan semua pihak berkepentingan sebelum intipati belanjawan dapat dirumuskan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...