Belanjawan Mexico ramal ekonomi pulih tahun depan

MEXICO CITY, 9 SEPT – Kerajaan Mexico meramalkan semalam bahawa ekonomi kedua terbesar di Amerika Latin akan berkembang sebanyak 4.6 peratus pada tahun 2021, pulih daripada kemerosotan teruk akibat COVID-19 tahun ini.

Menteri Kewangan Arturo Herrera, yang menyampaikan belanjawan tahun depan kepada penggubal undang-undang, mengatakan produk domestik kasar (KDNK) akan menurun sebanyak 8.0 peratus pada tahun 2020.

Negara ini menghadapi ‘krisis kesihatan yang pa-ling parah sejak selesema Sepanyol (Spanish flu)’ pada tahun 1918, katanya, sambil berjanji untuk memerangi koronavirus sebagai keutamaan dengan peningkatan dana kesihatan sebanyak 9.2 peratus.

Tetapi dia tidak mengumumkan rangsangan besar untuk ekonomi, dengan jumlah anggaran ditetapkan susut sebanyak tiga peratus dibandingkan dengan tahun ini. Beberapa penganalisis telah mengkritik Presiden Andres Manuel Lopez Obrador kerana tidak berupaya untuk meningkatkan ekonomi dalam menghadapi wabak COVID-19.

Penyokong sayap kiri mengatakan bahawa keutamaannya adalah membantu orang biasa Mexico dengan bantuan sosial dan pinjaman sambil mengelakkan membebani negara dengan peningkatan hutang. – AFP