Tuesday, December 3, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belanjawan M’sia perlu rundingan, kesepakatan dengan pembangkang

    PETALING JAYA, 29 OKT – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini menggesa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan rundingan dengan pihak pembangkang mengenai Belanjawan 2021 sebelum ia dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 November depan.

    Dalam satu kenyataan bersama, PKR, DAP dan Amanah yakin dengan itu semua ahli parlimen yang terlibat di dalam sesi perbahasan belanjawan berkenaan akan mencapai kata sepakat bagi memastikan belanjawan tersebut mengutamakan kepentingan negara dan rakyat.

    “Amatlah penting dan serius untuk Belanjawan 2021 ini dirundingkan dengan pembangkang sebelum dibentangkan di parlimen.

    Maka Perdana Menteri harus mengadakan perbincangan dan rundingan segera (dengan pihak pembangkang)  supaya belanjawan itu dapat mencapai objektif-objektif yang diingini Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” menurut kenyataan itu.

    Kenyataan bersama itu dibaca oleh Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Ibu Pejabat PKR di sini, petang ini.

    Mesyuarat yang bermula kira-kira 4 petang dan selesai dua jam kemudian, dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dihadiri beberapa pemimpin tertinggi PH termasuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

    Turut hadir Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda