Belarus, Poland langgar hak asasi manusia – HRW

WARSAW, 24 NOV – Pengawal sempadan Belarus mungkin didapati bersalah kerana menyeksa pendatang di negara yang bersempadan dengan Poland, menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) hari ini, menambah kedua-dua negara melakukan ‘pelanggaran hak asasi manusia yang serius’.

Kumpulan tersebut berkata dalam laporan kedua-dua buah kerajaan ‘mempunyai kewajiban untuk menghalang lebih banyak korban jiwa bagi memastikan akses kemanusiaan kepada mereka yang terkandas di kawasan sempadan.

Penyelidik HRW berkata mereka menjalankan temu duga secara mendalam bersama 19 orang, sebilangan mereka “ditolak, kadang kala secara kasar, oleh pengawal sempadan Poland.”

Mereka berkata penolakan itu ‘menyalahi hak pencari suaka di bawah undang-undang Kesatuan Eropah (EU)’ dan menggesa EU untuk ‘mula menunjukkan perpaduan ke atas mangsa di sempadan yang menderita dan di kedua-dua sempadan’. – AFP

Para pelarian ditempatkan di pusat pemeriksaan di Grodno, Belarus. HRW berkata Poland dan Belarus mungkin didapati bersalah kerana menyeksa pendatang. – AP