Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Belarus sedia kongsi susu formula bersama AS

    MOSCOW, 3 JUN – Pemimpin Belarus, Alexander Lukashenko hari ini menawarkan untuk mengongsikan susu formula anak damit dengan Amerika Syarikat (AS) yang mengalami kekurangan bekalan, meskipun AS mengenakan sekatan ke atas Belarus.

    Penarikan semula produk dan penutupan kilang-kilang utama pada Februari telah menyebabkan pengurangan signifikan bekalan susu formula kepada ibu bapa di seluruh AS.

    “Kami bersedia untuk membantu rakyat AS dengan bekalan susu formula, secepatnya esok,” menurut agensi berita negara, Belta memetik ucapan Lukashenko.

    Lukashenko merupakan sekutu rapat Presiden Vladimir Putin dan memihak kepada Moscow selepas tentera Rusia dihantar ke Ukraine.

    Kedua-duanya dipercayai cuba menepis kritikan terhadap pemerintahan mereka dengan membangkitkan masalah yang dialami oleh negara-negara barat.

    Lukashenko, 67, yang memerintah negaranya secara kuku besi sejak 1994, didakwa oleh Barat terlibat ‘dalam peperangan’ bersama Rusia di Ukraine.

    Rusia dan Belarus sudah dikenakan sekatan sejak permulaan konflik.

    Sebelumnya, Lukashenko dan sekutunya turut dikenakan sekatan oleh beberapa buah negara Barat – termasuk AS – mengenai tindakan keras rejimnya terhadap pembantah pada 2020.

    Beberapa orang terbunuh, ribuan lagi ditahan ketika penindasan ganas ke atas para pembantah yang menentang pilihan raya semula Lukashenko bagi penggal keenam. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...