Belarus tuntut ‘pilihan raya yang jujur’

MINSK, 9 OGOS – Calon pembangkang utama yang mencabar presiden, Alexander Lukashenko menuntut pilihan raya yang adil ketika dia bersuara dalam pemilihan presiden hari ini.

“Saya benar-benar mahukan pilihan raya berlaku dengan jujur, kerana jika pihak berkuasa tidak perlu takut, jika semua rakyat adalah untuk Alexander Grigoryevich (Lukashenko), maka kami akan bersetuju dengan itu,” kata Svetlana Tikhanovskaya sambil bersuara di ibu kota Minsk.

Kempen daripada bekas seorang guru dan penterjemah Bahasa Inggeris yang berusia 37 tahun itu muncul sebagai cabaran terbesar selama bertahun-tahun bagi Lukashenko, yang telah memerintah bekas negara Soviet dengan penduduk seramai 9.5 juta sejak tahun 1994.

Dia mencalonkan diri sete-lah pihak berkuasa melarang suaminya, blogger popular Sergei Tikhanovsky, untuk mencalonkan diri dan kemudian dipenjarakan.

Pejabat kempen Tikhanovskaya mengatakan bahawa salah satu sekutu utamanya, Veronika Tsepkalo, telah meninggalkan negara itu untuk Rusia kerana bimbang akan keselamatannya. – AFP