Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    ‘Belawai mampu jadi seperti Hawaii’

    KUCHING, 29 Mei – Belawai, sebuah penempatan pesisiran pantai di bahagian tengah Sarawak kira-kira 480km ke utara dari sini, boleh dibangunkan sebagai lokasi pelancongan yang dapat menandingi pusat pelancongan luar negara, seperti Hawaii, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Beliau berkata dengan keadaan pantai semula jadinya yang indah, kerajaan negeri bersedia untuk membangunkan infrastruktur seperti projek tebingan sungai, dan pelbagai kemudahan lain bagi menarik kehadiran pelancong ke kawasan itu.

    “Selain waterfront, kita boleh juga membina motor home park untuk tempat parkir motorhome serta tempat menyambung bekalan elektrik dan air.

    “Kalau kita dapat buat di sini, seperti negeri orang putihlah Belawai ni. Belawai jadi Hawaii,” katanya.

    Berucap di majlis Hari Raya Aidilfitri di Belawai semalam, beliau berkata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menerusi menterinya Datuk Seri Nancy Shukri bercadang untuk mempromosikan pelancongan menggunakan konsep motorhome atau van perkhemahan ini.

    “Dengan siapnya projek Jalan Pesisiran Sarawak nanti, mudahlah pelancong datang ke sini menggunakan motorhome mereka, dan rakyat di sini juga akan memperolehi rezeki daripada kedatangan mereka,” tambah Abang Johari. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...