Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Belgium berdepan masalah musnahkan kokain

    BRUSSELS, 21 NOV – Belgium telah merampas sejumlah kokain yang amat banyak dari penyeludup yang beroperasi di pelabuhan Antwerp sehingga ia memerlukan lebih banyak pembakar untuk memusnahkannya, kata pegawai hari ini.

    Pihak berkuasa bimbang depot yang digunakan untuk menyimpan dadah mungkin menjadi sasaran rompakan oleh geng berpengaruh yang berusaha mendapatkan semula dadah yang menguntungkan itu.

    “Timbulnya masalah dengan kapasiti pembakar,” beritahu jurucakap perkhidmatan kastam Belgium, Francis Adyns kepada AFP, mengesahkan laporan dalam media tempatan, dan berjanji akan mencari ‘penyelesaian struktur.’

    Pegawai dalam kerajaan serantau, Flanders berkata satu rancangan mungkin diumumkan esok.

    Masalah terbaharu Belgium berpunca daripada kuantiti kokain yang amat banyak dari Latin Amerika yang dipintas di Antwerp, pelabuhan utama Eropah untuk kemasukan perniagaan haram itu.

    Pihak berkuasa Belgium dijangka merampas lebih daripada 100 tan pada 2022, rekod baharu selepas 89.5 tan disita pada tahun lalu.

    Menurut laporan media tempatan, anggota geng dilihat menggunakan dron untuk meninjau depot kastam yang menempatkan kokain dirampas bernilai berjuta-juta euro.

    Pihak berkuasa sedang berusaha memusnahkan rampasan tetapi menurut Adyns, untuk membakar kokain ‘terdapat standard alam sekitar yang perlu dipatuhi.’ – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...