Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Belgium hormati pencapaian Kanada

    DOHA, 23 NOV – Jurulatih Belgium, Roberto Martinez kelmarin berkata pasukannya mempunyai rasa ‘hormat yang tinggi’ untuk Kanada yang akan bermain dalam perlawanan sulung di Piala Dunia setelah 36 tahun apabila kedua-dua pasukan bertemu di Qatar.

    Pasukan kendalian Martinez menamatkan saingan di tempat ketiga di Rusia empat tahun lalu dan dianggap sebagai pasukan pilihan menentang Kanada, bermain di peringkat final buat kali pertama sejak 1986, hari ini.

    Belgium berdepan situasi serupa pada 2018 apabila mereka menewaskan Panama, yang membuat kemunculan pertama, 3-0 dalam perlawanan pembukaan mereka.

    “Kami mempunyai rasa hormat yang tinggi untuk Kanada atas apa yang telah dikecapi kerana apabila awda menamatkan saingan peringkat kumpulan mengatasi pasukan seperti Amerika Syarikat dan Mexico, ia menunjukkan sesuatu yang istimewa, ia bukan satu kebetulan,” Martinez berkata semasa sidang media pra perlawanan.

    “Mereka bermain seperti sebuah pasukan, bukan hanya sekelompok pemain yang bermain untuk pasukan kebangsaan.

    “Ia merupakan situasi yang sangat berbahaya, apabila awda bermain menentang sebuah pasukan yang tidak mempunyai apa-apa yang ingin dipertaruhkan. Kita dapat saksikan dengan Panama selama 50 minit, dan kami perlu menyamai tahap keghairahan itu.”

    Belgium, menduduki ranking kedua dunia di belakang Brazil, bermain dalam perlawanan persahabatan menentang Mesir minggu lalu di Kuwait namun tewas 2-1. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...