Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Belgium ke suku akhir, Iceland kecundang

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 19 JULAI – Belgium menempah slot terakhir dalam suku akhir Euro Wanita 2022 selepas jaringan Tina De Caigny berjaya membantu menewaskan Itali 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Manchester, kelmarin.

    Penyudah penyerang Hoffenheim pada awal separuh masa kedua itu telah memastikan Belgium tempat kedua Kumpulan B di belakang Perancis untuk beraksi di pentas lapan terakhir berdepan Sweden pada Jumaat ini.

    Manakala Iceland pula hanya mampu menjaringkan gol lewat menerusi sepakan penalti untuk mendapatkan keputusan seri 1-1 ke atas Perancis. Dengan keputusan tersebut, Iceland masih gagal melayakkan diri ke suku akhir ketika mereka menjadi pasukan pertama yang terkeluar dari saingan Euro Wanita 2022 daripada peringkat kumpulan tanpa kalah.

    Belgium yang beraksi kali kedua dalam kejohanan utama berjaya melangkah ke peringkat kalah mati buat kali pertama dan melengkapkan penderitaan Itali selama beberapa minggu kebelakangan.

    “Saya telah bersama pasukan kebangsaan wanita Belgium selama 11 tahun sekarang, jadi saya sangat gembira kerana kami akan ke suku akhir,” kata jurulatih Belgium, Ives Serneels.

    Harapan tinggi telah diletakkan kepada pasukan The Azzure susulan kejayaan Juventus dalam Liga Juara-Juara musim lalu.

    Walau bagaimanapun, mereka gagal bangkit daripada dibolosi lima gol pada separuh masa pertama kepada Perancis dalam perlawanan pembukaan mereka.

    Kekalahan 5-1 itu bermakna Itali perlu menang untuk mara disebabkan perbezaan jaringan yang lebih rendah berbanding Belgium dan Iceland.

    Belgium memperoleh gol ketika empat minit masuk separuh masa kedua apabila sepakan percuma ke dalam kotak Itali terkena kaki De Caigny untuk mencatatkan gol antarabangsanya yang ke-38. – AFP

    Aksi pemain tengah Belgium, Julie Biesmans (kiri) semasa perlawanan bola sepak Kumpulan D Euro Wanita 2022 UEFA di Stadium Akademi Manchester City kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...