Wednesday, December 7, 2022
31.3 C
Brunei

-

Belgium kutip tiga mata

ANKARA, 24 NOV – Belgium menewaskan Kanada 1-0 pada Rabu dalam perlawanan pembukaan Kumpulan F pada Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar ketika Michy Batshuayi menjaringkan gol kemenangan untuk Red Devils.

Di Stadium Ahmad Bin Ali, bintang Kanada, Alphonso Davies terlepas sepakan penalti awal selepas pemain Belgium, Yannick Carrasco menyekat bola dengan tangan.

Davies melakukan percubaan ke arah tiang gol tetapi penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois berjaya menyelamatkan keadaan dan ini menaikkan lagi semangat pasukan.

Belgium menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa pertama, lapor agensi Anadolu.

Pada minit ke-44, Batshuayi, penyerang Belgium, melakukan rembatan kaki kiri ke arah gawang Kanada selepas menerima hantaran daripada pemain pertahanan, Toby Alderweireld. 

Jaringan itu menewaskan penjaga gol Kanada, Milan Borjan.

Belgium memperoleh kemenangan 1-0, mata pertama mereka di Qatar 2022 dan teratas bagi Kumpulan F.

Kanada berada di tempat keempat selepas tewas kepada Belgium. Pada 27 November, Belgium akan menentang Maghribi dan Croatia pula akan menentang Kanada. – Bernama

Aksi pemain Belgium, Michy Batshuayi (tengah), menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan menentang Kanada dalam Kumpulan F di Stadium Ahmad bin Ali, Doha. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Penghormatan buat Jiang Zemin

BEIJING, 6 DIS – Siren kedengaran di seluruh China hari ini ketika Parti Komunis mengadakan perkabungan bekas pemimpin, Jiang Zemin, memberi penghormatan kepadanya sebagai...
- Advertisment -