Belgium menang bergaya

BRUSSELS, 12 Jun – Dua jaringan penyerang Manchester United, Romelu Lukaku dan persembahan hebat Eden Hazard menyaksikan Belgium menewaskan Costa Rica 4-1 di Brussels dalam aksi persahabatan terakhir Piala Dunia mereka awal pagi tadi.

Bagaimanapun penyokong Belgium mula rasa bimbang ketika Hazard dikeluarkan pada minit ke-70.

Rakan sepasukannya bagaimanapun menolak dakwaan sebarang kebimbangan mengenai kecederaan yang menimpa penyerang Chelsea itu.

Skuad kendalian jurulatih Roberto Martinez, yang memiliki ramai bintang berbakat nyata terlalu kuat buat Costa Rica, meskipun mendahului menerusi jaringan Brian Ruiz.

Namun pasukan yang menewaskan Mesir 3-0 minggu lalu itu menndahului 2-1 selepas berakhir separuh masa pertama menerusi Dries Mertens dan Lukaku. – AFP

Romelu Lukaku (kiri) cuba merebut bola daripada pemain pertahanan Costa Rica dalam aksi persahabatan menjelang
Piala Dunia. – AFP