MOSCOW, 26 Jun – Belgium berkemungkinan besar akan merehatkan pemain perancang, Kevin De Bruyne dan penyerang, Romelu Lukaku untuk perlawanan akhir kumpulan menentang England nanti, menurut jurulatih Roberto Martinez.
Dengan England dan Belgium mara ke peringkat 16, Martinez mengakui pertembungan Khamis ini di Kaliningrad adalah seperti ‘meraikan’ untuk kedua-dua pasukan.
“Ia berbeza. Jika kami bertembung untuk layak ke peringkat kalah mati Piala Dunia, ia akan lebih menarik,” menurutnya.
“Ia merupakan perlawanan yang kami raikan dan nikmati. Terlalu banyak sensasi di kedua-dua buah negara menuju ke peringkat kalah mati.

“Jadi saya tidak merasakan perlawanan itu akan lebih beremosi. Saya rasa ia seperti perlawanan meraikan kemaraan.”
Martinez berkata dia berkemungkinan besar tidak akan menyenaraikan mana-mana pemain yang mendapat kad kuning sekiranya mereka mendapat kad kuning lagi dan mungkin tidak beraksi di pusingan 16.
“Ia berisiko jika menurunkan mana-mana pemain yang mendapat kad kuning kerana anda tidak mahu pemain itu tidak beraksi di peringkat kalah mati,” katanya. – AFP

































