COLOGNE, JERMAN, 29 MAC – Kevin De Bruyne (gambar-AP) berjaya menjaringkan satu gol dan menghasilkan dua assist untuk membantu Belgium menewaskan pasukan penganjur Euro 2024, Jerman, dengan keputusan 3-2 dalam perlawanan persahabatan di Cologne, kelmarin.
De Bruyne menjaringkan dua gol untuk memberikan pasukannya mendahului 2-0 dalam masa 10 minit, sebelum menjaringkan berjaya menjaringkan gol sekali gus menambah derita Jerman menjelang Kejohanan Eropah tahun hadapan di laman sendiri.
Jerman berharap untuk mencari rentak selepas tersingkir lebih awal semasa kejohanan utama baru-baru ini, tetapi kekalahan kepada Belgium merupakan yang pertama sejak 1954.
Juara dunia empat kali itu mengalami kekalahan kedua berturut-turut di peringkat kumpulan Piala Dunia di Qatar tahun lalu, yang diikuti kekalahan 16 terakhir kepada England pada Euro 2020.
Jurulatih Belgium yang dibesarkan dari Jerman, Tedesco meletakkan Yannick Carrasco di hadapan menggantikan Leandro Trossard dari Arsenal dan langkah tersebut langsung membuahkan hasil, dengan pemain sayap Atletico Madrid itu meledak bola ke gawang hanya enam minit.
Romelu Lukaku, penjaring ketiga-tiga gol dalam pertembungan Belgium 3-0 menentang Sweden dalam kelayakan Euro pada Jumaat, kemudian meledak dalam percubaan kaki kiri untuk menggandakan kedudukan, gol itu sekali lagi dibantu oleh De Bruyne.
Dengan tiga pemain pertahanan tengah pilihan utama diketepikan, Jerman yang bergelut kelihatan pasti akan melepaskan gol ketiga.
Jerman segara merapatkan jurang ketika Niclas Fuellkrug menyempurnakan menerusi sepakan penalti, memberikan penyerang Werder Bremen itu gol keenamnya dalam enam penampilan antarabangsa. – AFP
