Beli apartmen, jumpa Jay Chou?

Iklan mengenai apartmen mewah di Tokyo kepunyaan Jay Chou kini tular di media sosial Weibo baru-baru ini.

Sebuah apartmen seluas 7,700 meter persegi yang terletak di daerah Harajuku dengan tujuh buah billik akan dijual dengan harga S$34.8 juta. Iklan itu juga memberitahu bahawa pembeli akan berjumpa dengan bintang Taiwan itu secara bersemuka untuk menyain surat perjanjian.

Walau bagaimanapun kebenaran mengenai iklan yang tular itu perlu mendapat kepastian daripada tuannya sendiri. Selepas iklan itu menjadi tular, penyanyi dan pelakon itu menggunakan Instagram untuk mengenal pasti siapakah dalang di sebalik yang menuntut bahawa beliau sedang menjual apartmennya dan berjumpa dengan si pembelinya.

Dengan berbahasa Mandarin dan memakai fon yang sepertinya menunjukkan kemarahan, “Penipu, adakah anda mahu saya menangkap anda dan memberi anda pengajaran?”

Pendedahan itu membuatkan pengguna Weibo bergurau mengenainya dengan teringin untuk membeli rumah supaya dapat berjumpa dengan Jay secara bersemuka dan salah seorangnya bergurau membalas Instagram dengan mengatakan, “Saya sudah menyediakan wang dan anda mengatakan ia adalah palsu?”

Walaupun tiada bukti bahawa Jay memiliki hartanah di Tokyo, ia telah dilaporkan bahawa beliau mempunyai penthouse yang bernilai S$27 juta di Taiwan dengan pemandangan panorama 360 darjah langit.

Apartmen mewah dua tingkat itu terletak di kompleks kondominium di Peace Garden dan dikatakan ia adalah salah satu kediaman yang paling eksklusif di sana.

Tetapi mungkin seseorang perlu mempertimbangkan cara alternatif yang lebih murah. Lagi pun tiket konsertnya di Singapura telah laris dijual hanya dengan harga dalam S$198. Namun, jika anda sanggup membayar S$35 juta, anda seharusnya meminta konsert peribadi untuk anda. – Agensi

Jay Chou mengatakan bahawa iklan itu adalah palsu. – Agensi