Wednesday, March 29, 2023
26.4 C
Brunei

-

Beli tayar, menang TV

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 FEB – Dengan membeli tayar kereta GT Radial FE2 buat kali pertama membawa tuah kepada Awang Mohamad Firdaus bin Alizan apabila terpilih sebagai pemenang bertuah yang membawa pulang TV Pintar LG 65 inci.

“Saya membeli kereta saya pada 2021 dan ini adalah penggantian tayar pertama saya.

“Saya mencari dalam talian dan menemui Tyremart. Alhamdulillah, saya bukan sahaja mempunyai kereta baharu, tayar baharu tetapi TV baharu untuk rumah saya!,” luah Awang Mohamad Firdaus semasa ditemui pada majlis penyampaian hadiah bagi promosi Giti Are You Ready For Action yang berlangsung di cawangan Tyremart di Gadong, kelmarin.

Tyremart menganjurkan promosi berkenaan bersempena Piala Dunia dan berlangsung dari November 2022 dan Januari 2023 bagi memberikan ganjaran kepada pelanggan yang membelanjakan jumlah minimum bagi pada tayar Giti atau GT Radial.

Juruaudit bebas telah dijemput oleh Tyremart untuk menyaksikan acara cabutan dan daripada ratusan peserta kempen yang layak, juruaudit tersebut menyaksikan program komputer secara rambang memilih Awang Mohamad Firdaus untuk menjadi pemenang.

Awang Mohamad Firdaus terkejut dan kagum apabila menerima panggilan telefon dan berkata, “Wow! Saya tidak tahu mahu berkata apa, saya terkejut dan gembira pada masa yang sama. Ia sukar untuk dipercayai, seolah-olah ini adalah mimpi.”

Pegawai Operasi dan Jualan Cawangan Tyremart, Guma hadir menyampaikan hadiah berkenaan kepada Awang Mohamad Firdaus.

Tyremart adalah pengedar sah tayar Giti dan GT Radial, dengan tujuh cawangan di Brunei Darussalam.

Pegawai Operasi dan Jualan Cawangan Tyremart ketika menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada Awang Mohamad Firdaus.

Awang Mohamad Firdaus bergambar bersama tayar kereta GT Radial FE2 yang dibelinya.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bangladesh larang penggunaan plastik di hutan bakau terbesar

DHAKA, 28 MAC – Ahli pemuliharaan Bangladesh kelmarin berkata pelancong membuang sampah di hutan bakau terbesar di dunia telah merosakkan ekosistem dengan serius, memaksa...
- Advertisment -