Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Belia banteras keganasan bina keamanan

    YAOUNDE – Christian Achaleke Leke dibesarkan di jalanan, menyaksikan dan menjalani kehidupan sebuah kumpulan keganasan di Fiango, kawasan kejiranan yang terkenal dengan keganasan di Kumba, sebuah bandar di Barat Daya Cameroon.

    Pada tahun 2007 keganasan luar biasa meletus antara dua komuniti yang berkongsi perasaan permusuhan di Fiango. Leke tidak berdaya memerhatikan perusuh itu membelasah dan kemudian membakar hidup-hidup rakannya.

    “Ia sangat mengerikan. Ia mungkin berlaku pada saya,” katanya.

    Dia sudah cukup melihat dan memutuskan untuk mengubah haluan hidupnya. Dia berpindah ke bandar berhampiran dan mula melanjutkan pelajarannya. Dia kemudiannya menyertai Local Youth Corner Cameroon (LOYOC), sebuah organisasi yang dipimpin oleh belia yang memperkasakan belia sebagai pembina keamanan.

    Dan itu menandakan permulaan perjalanan seorang pemuda yang kemudiannya akan memenangi beberapa anugerah berprestij antarabangsa, dinamakan antara 100 orang muda Afrika yang paling berpengaruh dan membentuk kerjayanya untuk menjadi pakar pembangunan antarabangsa, pakar pembinaan keamanan dan ekstremis ganas.

    Christian Achaleka Leke, Pengarah Eksekutif LOYOC ketika menyampaikan ceramah kepada peserta muda semasa aktiviti pembinaan keamanan di Buea, Cameroon. – Xinhua
    Peserta muda aktiviti pembinaan keamanan kelihatan berbincang antara satu sama lain. – Xinhua

    Berusia 31 tahun, yang kini memegang jawatan Pengarah Eksekutif LOYOC, organisasi yang disertainya sebagai sukarelawan memberitahu Xinhua kisahnya di Buea, bandar wilayah Barat Daya Cameroon di mana pertubuhan bukan kerajaan itu menyediakan latihan dan aktiviti pembinaan kapasiti untuk orang muda.

    “Biasanya orang menganggap orang muda adalah pembuat masalah tetapi dalam masa konflik melengkapkan belia dengan pemacu tindak balas terhadap konflik dan ketidakadilan, hak asasi manusia, adalah sangat penting, supaya, mereka boleh menjadi juara dan duta keamanan dalam pelbagai masyarakat,” kata aktivis masyarakat sivil itu.

    Peserta muda latihan di Buea telah diambil dari dua wilayah berbahasa Inggeris di Cameroon di mana konflik bersenjata pemisah sejak 2017 telah membunuh beribu-ribu dan menyebabkan lebih sejuta orang kehilangan tempat tinggal.

    Di rantau ini, golongan muda menjalankan program penting untuk membina keamanan, tetapi mereka paling kerap menghadapi keganasan daripada pejuang pemisah dan tentera kerajaan yang salah faham peranan mereka, kata Sandra, 22, (menggunakan nama lain atas sebab keselamatan).

    “Kami kebanyakannya menjadi mangsa, jadi melibatkan belia dalam aktiviti pembinaan keamanan adalah sangat penting. Dan (bagi) kami yang juga pernah mengambil bahagian di sini, kami boleh kembali ke komuniti kami dan mengajar rakan-rakan kami dan membantu mereka supaya kami dapat masyarakat yang aman,” kata Sandra.

    Pada 2015, LOYOC melancarkan program yang bertujuan untuk memulihkan dan mengintegrasikan semula pesalah keganasan melalui keusahawanan dan pendidikan. Program itu menyasarkan 5,000 banduan. Melalui program tersebut, banduan telah diberi harapan dan nafas baharu seperti Michael Tadjuige.

    Lelaki berusia 41 tahun itu berputus asa selepas dia dijatuhkan hukuman penjara selama beberapa dekad. Tiga belas tahun kemudian, Leke dan organisasinya mula melatih banduan dalam pelbagai bidang di penjara Bamenda Central tempat dia menjalani hukuman penjara.

    Tadjuige menyertai program itu dan belajar bersungguh-sungguh dan cekap menjahit beberapa pakaian tradisional, pakaian seragam sekolah dan beg terbaik di Cameroon. Pada 2019, hakim membebaskannya dari penjara selepas mengakui ‘reformasi luar biasanya’.

    Dia berpindah ke ibu kota, Yaounde di mana dia kini menjadi pemilik bengkel jahitan.

    “Ia telah mengubah hidup saya dalam banyak cara kerana cara saya pergi ke penjara, bukanlah cara saya keluar dari penjara. Jadi apa yang saya beritahu orang muda ialah, keganasan bukanlah bahagian terbaik dalam hidup. Ia akhirnya memusnahkan awda dan keluarga,” kata Tadjuige yang telah menjadi harapan sebenar bagi banduan, mengembara dengan kerap untuk melatih mereka dan menggalakkan mereka menentang keganasan dan ekstremis. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...