Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Belia Brunei harumkan nama negara

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan JBS, KKBS

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Satu lagi pencapaian cemerlang buat Negara Brunei Darussalam apabila dua belia tanah air menerima Anugerah Sukarelawan ASEAN 2022 di Quang Binh, Vietnam, bersempena berlangsungnya Forum Sukarelawan Belia ASEAN Plus dan Anugerah Sukarelawan Belia ASEAN Plus 2022, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), hari ini, penerima anugerah berkenaan ialah Pengasas Tambang.bn, Haji Mateen Bolkini bin Haji Ahmad, juga selaku ahli Persatuan IMPAK Tutong yang menerima Anugerah Sukarelawan Belia ASEAN Plus bagi Kategori Individu. Manakala itu, Big BWN pula telah menerima anugerah bagi Kategori Persatuan.

    Anugerah berkenaan julung-julung kalinya diadakan di bawah Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ASEAN mengenai Belia (SOMY), Sekretariat ASEAN dan merupakan anugerah berprestij bagi para sukarelawan ASEAN.

    Sementara itu, Forum Sukarelawan Belia ASEAN Plus telah dihadiri oleh wakil golongan belia dari negara-negara ASEAN dan Focal SOMY di mana ia telah membincangkan beberapa perkara mengenai kelangsungan aktiviti-aktiviti kesukarelawanan di rantau ASEAN. Dalam pada itu, para peserta juga diberikan kesempatan untuk mengikuti beberapa aktiviti sukarelawan bersama kelompok komuniti setempat dan membuat lawatan ke beberapa tempat menarik di wilayah Quang Binh, Vietnam.

    Haji Mateen Bolkini dan wakil Big BWN semasa menerima anugerah kesukarelawanan.
    Satu lagi pencapaian cemerlang buat Negara Brunei Darussalam apabila dua orang belia tanah air telah dianugerahkan Anugerah Sukarelawan ASEAN 2022 di Quang Binh Vietnam bersempena berlangsungnya ASEAN Plus Youth Volunteer Forum dan ASEAN Plus Youth Volunteer Award 2022, baru-baru ini.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...