Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Belia cemerlang peneraju bangsa dan negara

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    Peranan belia dianggap amat penting dalam menerajui pembangunan dan kemajuan sesebuah negara pada masa hadapan.

    Sebagai purih bangsa yang bakal menjadi pemimpin yang memikul tanggungjawab, golongan belia yang berkualiti perlu mempunyai kekuatan dalaman dan luaran tanpa mengenal erti takut atau gentar dan sentiasa berfikiran positif untuk rajin berusaha bagi mencapai cita-cita dan matlamat sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk agama, bangsa dan negara.

    Baru-baru ini, seorang belia negara yang juga merupakan seorang usahawan berjaya iaitu Pengasas BattlePro, Haji Syed Mohd Yassin bin Haji Syed Ayatullah Shah telah menerima anugerah yang berprestij di Malaysia, Ikon Brand Awards (IBA) 2022 yang diadakan di Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

    Memiliki keazaman yang kuat untuk sentiasa rajin dan gigih berusaha serta bekerja keras dalam segala bidang yang dilakukannya menjadikan beliau layak untuk dijadikan contoh bagi para belia di negara ini khususnya dalam bidang keusahawanan.

    Beliau merupakan penerima Anugerah Belia Cemerlang semasa Sambutan Hari Belia Kebangsaan Tahun 2018 dan juga pernah menerima anugerah di peringkat antarabangsa iaitu Young Social Entrepreneur Awards di Manila pada tahun 2017.

    Haji Syed Mohd Yassin telah menerima anugerah yang berprestij di Malaysia, Ikon Brand Awards (IBA) 2022 yang diadakan di Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
    Haji Syed Mohd Yassin dan isterinya mengabadikan kenangan selepas menerima anugerah IBA baru-baru ini.

    BattlePro yang diasaskannya pada tahun 2012, ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu usahawan-usahawan memasarkan produk mereka. Usaha dan niat murni beliau ini haruslah dicontohi oleh para belia agar lebih banyak usaha-usaha seumpama ini dapat dilaksanakan pada masa yang akan datang bagi sama-sama membangun dan mengembangkan ekonomi negara.

    Sejak enam tahun lalu, BattlePro terus melebarkan sayapnya dan menawarkan lebih banyak perkhidmatan untuk membantu pengusaha dan peniaga di negara ini.

    Di samping mengusahakan perniagaan dalam bidang pengurusan acara dan pemasaran, beliau juga menjalankan perniagaan dalam bidang lain termasuklah membuka agensi pelancongan yang dikenali sebagai Balurih Travel Sdn Bhd yang menawarkan perkhidmatan pelancongan dan umrah dengan harga yang berpatutan sejak tahun 2017 ia ditubuhkan.

    Bercakap mengenai kejayaannya dalam bidang keusahawanan ini, beliau mengongsikan bahawa kejayaannya tidak akan diperolehinya tanpa duku- ngan mentornya termasuklah mentor tempatannya, Haji Aman sejak tahun 2005 lagi dan Dr Azizan Osman dari negara jiran Malaysia.

    Menurut beliau, mentor-mentornya sangat diperlukan untuk menjadi rujukan dan tempat beliau meminta pandangan serta nasihat bagi menguatkan lagi semangatnya dalam meneruskan perjuangannya mencapai kejayaan seperti yang dicapainya pada hari ini.

    “Kita perlulah membuat matlamat sama ada sasaran masa panjang dan masa pendek kerana tanpa membuat sasaran perniagaan kita tidak akan berkembang, mendatar dan malah ia boleh menjadi menurun,” jelasnya.

    Haji Syed Mohd Yassin turut me- ngongsikan perancangan BattlePro setelah ini, di mana beliau berhasrat untuk berkolaborasi dengan beberapa syarikat di luar negara bagi menganjurkan acara di luar negara dan pada masa yang sama mereka juga sedang dalam perancangan untuk mempelbagaikan lagi skop operasi syarikat.

    Seperti yang dihadapi oleh pengusaha lainnya, kongsi beliau syarikatnya turut tidak terkecuali terjejas dengan pandemik COVID terutama sekali semasa gelombang pertama wabak di negara ini yang mana tiada acara yang dilangsungkan pada ketika itu.

    Walau bagai-manapun setelah memahami keadaan semasa, mereka berjaya kembali dengan lebih bertenaga dengan menawarkan tawaran-tawaran alternatif dan datang dengan pelbagai idea baharu.

    Selain berkecimpung dalam bidang keusa-hawanan, beliau juga bergiat aktif dengan kegiatan kesukarelawanan antaranya menyertai sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah untuk menghulurkan sumbangan tenaga, masa dan keringat dalam membantu masyarakat setempat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...