Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Belia masjid gotong-royong bersihkan kubur

    Oleh Yusrin Junaidi

    TEMBURONG, 25 MAC – Bersempena bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi, Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Unit Belia, Bahagian Imarah dengan kerjasama pejabat hal ehwal masjid daerah dan kumpulan belia dan beliawanis masjid seluruh negara mengadakan Kempen Gotong-royong Membersihkan Tanah Perkuburan Orang Islam bagi Belia dan Beliawanis Masjid.

    Hari ini, kempen seumpamanya telah diadakan di tanah perkuburan Islam kawasan Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong yang dilaksanakan oleh Kumpulan Belia Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah.

    Hadir selaku tetamu khas bagi sama-sama membersihkan tanah perkuburan tersebut ialah Pegawai Ugama Kanan Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Haji Haris bin Haji Suboh.

    Sementara itu, di Daerah Temburong, Kumpulan Belia Masjid Kampung Labu Estate, Daerah Temburong mengadakan kempen berkenaan di Tanah Perkuburan Raja Kampung Piasau-Piasau, Mukim Labu.

    Hadir selaku tetamu khas ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Temburong, Haji Elde bin Haji Suhaili.

    Antara tujuan kempen berkenaan diadakan adalah untuk mewujudkan silaturahim dan menjalin kesepakatan antara belia dan masyarakat, mendidik belia untuk bekerjasama serta disiplin dalam aspek kebersihan dan kesihatan.

    Di samping itu, ia juga dihasratkan dapat mendidik belia untuk ingat tentang kematian, sentiasa mengamalkan doa bagi mengingati keluarga yang sudah tiada, sekali gus mendedahkan para belia akan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

    Dengan adanya kempen berkebajikan itu, ia turut diharap akan memberi keberkatan dan manfaat kepada peserta khasnya dan masyarakat amnya.

    Kempen seumpama ini akan dilaratkan ke daerah-daerah yang lain mengikut jadual yang telah ditetapkan.

    Belia bergotong-royong membersihkan tanah perkuburan Islam kawasan Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar ramai semasa kempen kebersihan di Tanah Perkuburan Raja Kampung Piasau-Piasau. – Gambar serahan KHEU

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...