Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belia Masjid PSBSOAS jalankan kempen kebersihan

    Oleh Normazlina M.D

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jan – Dalam usaha menggalakkan belia untuk sentiasa mendampingi masjid di samping mengelinga hal ehwal masjid, Takmir Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (PSBSOAS), Kampung Katimahar telah mengadakan kempen kebersihan di masjid berkenaan.

    Seramai 20 orang ahli Kumpulan Belia Masjid PSBSOAS telah ikut serta dalam kempen tersebut bersama beberapa orang ahli jawatankuasa takmir masjid.Selain mengadakan beberapa kegiatan masjid bagi menarik perhatian para belia, kempen ini juga bertujuan untuk menggalakkan serta mendedahkan para belia untuk sentiasa ikut dan aktif dalam pelbagai kegiatan yang dianjurkan di samping dapat menanamkan sikap suka menjaga kebersihan di kawasan masjid serta di mana saja berada.

    Dalam pada itu, kempen ini juga diharap akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan belia dan juga ahli-ahli takmir masjid.

    Gambar ramai para belia dan AJK Takmir Masjid PSBSOAS, Kampung Katimahar yang mengikuti kempen kebersihan itu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda