Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Belia menganggur berkurangan kepada 73 juta

    GENEVA, 12 OGOS – Jumlah belia menganggur di seluruh dunia harus berkurangan kepada 73 juta pada 2022, menurun sebanyak dua juta berbanding setahun sebelumnya, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    Bagaimanapun, angka itu masih enam juta lebih tinggi daripada jumlah sebelum pandemik pada 2019, dengan pemulihan dalam pengangguran belia ketinggalan di belakang pemulihan dalam kumpulan umur lain, kata Pertubuhan Pekerja Antarabangsa (ILO) PBB.

    Di antara 2019 dan 2020, mereka yang berusia 15 hingga 24 tahun mengalami kehilangan peratusan pekerjaan yang lebih tinggi berbanding pasaran pekerja lain, kata ILO dalam satu laporan.

    Pengemaskinian ‘Trend Pekerjaan Global untuk Belia 2022’ setebal 300 halaman mengenai trend pasaran pekerja belia berkata pandemik memburukkan cabaran pasaran yang pada umumnya berdepan golongan muda.

    Ramai tercicir daripada tenaga kerja, atau gagal memasuki pasaran, disebabkan kesukaran mencari pekerjaan semasa sekatan COVID dan ketika perniagaan ditutup disebabkan pandemik.

    “Krisis COVID telah men-dedahkan beberapa kelemahan dalam cara keperluan belia diatasi, terutamanya mereka yang lebih mudah terjejas seperti pencari pekerjaan pertama kali, golongan tercicir dari sekolah, siswazah baharu tanpa pengalaman dan mereka yang masih tidak aktif,” kata Martha Newton, penolong pengarah untuk dasar ILO.

    “Apa yang orang muda perlukan adalah pasaran pekerja yang berfungsi dengan peluang pekerjaan untuk mereka yang telah pun menyertai pasaran pekerja serta pendidikan berkualiti dan peluang latihan untuk mereka yang belum memasuki pasaran.”

    Menurut laporan, 27.4 peratus wanita muda diramalkan bekerja pada 2022, berbanding 40.3 peratus belia lelaki. – AP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...