Belia negara giatkan sukan

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Persatuan Kemajuan Insan (KESAN) dengan kerjasama Majlis Belia Brunei (MBB) serta Jabatan Belia dan Sukan telah mengadakan Kejohanan Badminton antara Pergerakan-pergerakan Belia sebagai pendekatan unik bagi mengeratkan hubungan silaturahim di samping menggalakkan gaya hidup sihat.

Kejohanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Tutong itu disertai oleh 17 badan per-gerakan belia yang terdiri daripada NGO, persatuan-persa-tuan belia, usahawan sosial, kelab-kelab belia, kumpulan belia masjid dan majlis perwakilan pelajar institut pengajian tinggi.

Bagi beregu lelaki, johan ialah Pusat Kesihatan Jerudong Park (JPMC), naib johan Pembimbing Rakan Remaja Pusat Tingkatan Enam Sengkurong (PRR PTES) dan Jabatan Belia dan Sukan mendapat tempat ketiga.

Bagi beregu perempuan pula, johan ialah Program Belia Cinta Tanah Air (PBCTA), Kelab Badminton Universiti Brunei Darussalam muncul sebagai naib johan dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) mendapat tempat ketiga. Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan yang disokong oleh Persatuan Badminton Negara Brunei Darussalam berkenaan ialah Yang Di-Pertua Majlis Belia Brunei, Awang Muhammad Aidil Firdaus bin Haji Jukin.