Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Fokus Protokol hijau F&B, mitigasi banjir

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa menyampaikan mukadimah belanjawan 2022/2023 Kementerian Pembangunan pada hari kelima Persidangan Majlis Mesyuarat Negara (MMN), di Bangunan Dewan Majlis hari ini, mengongsikan beberapa perkara di bawah Kementerian Pembangunan.

    Yang Berhormat Dato menjelaskan di bawah Jawatankuasa Induk Isu-isu Kebersihan yang dipengerusikan bersama dua kementerian lain mengemukakan atara inisiatif baharu yang akan perkenalkan pada tahun ini, Pelancaran Protokol Hijau F&B bagi perkhidmatan kantin dan penyediaan makanan; membangun rangka kerja institusi bagi pasaran karbon domestik dan meneroka perlaksanaan harga karbon.

    Penglibatan belia dalam agenda perubahan iklim juga adalah penting kerana mereka merupakan sebahagian daripada penyelesaiannya.

    Di samping itu, salah satu usaha yang akan menjadi tumpuan pada tahun 2022 ini adalah pembentukan Pusat Perubahan Iklim ASEAN (ACCC) yang mana kepakaran-kepakaran dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan perubahan iklim serantau akan berpusat di Negara Brunei Darussalam.

    Yang Berhormat Dato turut menyentuh mengenai mitigasi banjir, pihak kementerian melalui Jabatan Saliran dan Pembetungan akan sentiasa berusaha secara berterusan dengan mengambil langkah-langkah dan strategi secara lebih holistik dalam memperbaiki dan menyediakan sistem saliran yang mampan.

    Dengan adanya perlaksanaan projek pencegahan banjir di kawasan dataran sungai Tutong iaitu pencegahan banjir di sebelah hulu Sungai Tutong dan pencegahan banjir di sebelah hilir Sungai Tutong, ia telah berhasil dalam mengurangkan kejadian banjir seluas 4 kilometer persegi terutamanya di kawasan seperti Kampung Tanjung Maya, Kampung Lubok Pulau, Kampung Sebakit, Kampung Penapar, Kampung Ukong, Kampung Rambai dan Kampung Panchong yang sering kali mengalami banjir terutamanya musim tengkujuh.

    Menurutnya lagi, sejak projek-projek tersebut siap, kawasan-kawasan mudah banjir tersebut tidak lagi mengalami banjir berdasarkan rekod, pemantauan Jabatan serta maklum balas positif yang diperoleh daripada kaji selidik Jabatan terhadap penduduk-penduduk yang terlibat.

    Manakala projek pembinaan tiga buah kolam penahanan banjir di Sungai Pemadang, Sungai Tanjung Maya dan Sungai Bang Ligi sedang giat dilaksanakan dan ianya akan dapat membantu mengurangkan impak banjir di beberapa tempat dan penyiapan projek ini diharapkan dapat mengurangkan kawasan mudah banjir seluas 30 kilometer persegi.

    Manakala itu, projek-projek pembaikan saliran di kawasan mudah banjir seperti kawasan Masjid Setia Ali, Muara, di simpang lampu isyarat Jalan Muara Kampung Salar, Jalan Tanjung Bunut Kanan, Kampung Tanjung Bunut dan sebahagian Jalan Gadong Kampung Jangsak yang siap baru-baru ini telah mengurangkan risiko kejadian banjir.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Haji Suhaimi semasa menyampaikan mukadimah belanjawan 2022/2023 Kementerian Pembangunan di permesyuaratan MMN . – Gambar oleh Infofoto
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...