Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belia Turki merancang satu kehidupan baik

    APABILA Dilara meninggalkan Turki untuk berkunjung ke Dubai lima tahun lalu, kawannya berkata dia telah membuat satu kesilapan.

    Ekonomi sedang berkembang, latar kebudayaan penuh bertenaga dan hubungan dengan Barat adalah mesra. Namun sekarang, “kebanyakan kawan saya sedang menghantar vitae kurikulum mereka kepada saya disebabkan mereka tidak mahu tinggal di Turki lagi, terutamanya selepas referendum,” kata Dilara, menggunakan nama samaran kerana tidak mahu dikenali.

    Presiden Recep Tayyip Erdogan memenangi referendum pada April bagi meluaskan kuasanya, yang dikhuatiri oleh pengkritik akan membawa kepada pemerintahan seorang pemimpin dalam negara yang semakin berpecah-belah.

    Dilara, seorang pakar dalam pemasaran digital, adalah salah seorang warga Turki yang amat mahir yang meninggalkan negara, satu trend yang telah meningkat dalam beberapa tahun ini, menurut Ulas Sunata, ahli sosiologi di Universiti Bahcesehir di Istanbul.

    Mengeluh mengenai kekurangan data, dia berkata isu berkenaan menggambarkan penghijrahan cendekiawan.

    Kerajan Turki menegaskan ia sedang membina ekonomi yang kukuh, berdasarkan pembaharuan dan pelaburan, dengan tujuan menjadi salah satu daripada 10 ekonomi teratas di dunia menjelang ulang tahun ke-100 Republik moden pada tahun 2023. – AFP
    Presiden Recep Tayyip Erdogan berhadapan rampasan kuasa yang gagal dan semenjak itu kerajaan Turki sering melancarkan tindakan keras ke atas penentangnya. – AFP

    “Ia betul-betul satu masalah untuk negara,” beritahunya kepada AFP. “Namun ia bukan sahaja aspek sosiobudaya, terdapatnya juga aspek ekonomi, penyimpangan mereka mendatangkan keburukan untuk negara.”

    Satu dozen warga Turki yang diwawancara oleh AFP, yang telah meninggalkan negara atau merancang untuk meninggalkan negara, memetik prospek pekerjaan yang berkurangan untuk siswazah dan mengadu tentang konservatisme yang meningkat di bawah kerajaan Islam dan hakisan kebebasan awam.

    Kerajan Turki menegaskan ia sedang membina ekonomi yang kukuh, berdasarkan pembaharuan dan pelaburan, dengan tujuan menjadi salah satu daripada 10 ekonomi teratas di dunia menjelang ulang tahun ke-100 Republik moden pada tahun 2023.

    Ekonomi tetap memberangsangkan selepas kegagalan rampasan kuasa pada Julai 2016, malah berkembang sebanyak 5.1 peratus pada suku kedua tahun ini. Namun pengkritik merujuk kepada kadar pengangguran yang tinggi, terutamanya kadar 20.6 peratus di kalangan belia berusia 15 hingga 24 tahun – dan prospek masa depan yang tidak pasti tatkala pembaharuan terbantut. Erdogan mendakwa pada Julai bahawa “penghijrahan cendekiawan” sedang berlaku di seluruh dunia Islam.

    “Kami kehilangan pelajar paling cerdik kami kepada Barat,” kata beliau.

    “Sesuatu yang lebih baik”

    Dilara pada mulanya meninggalkan Turki buat sementara waktu untuk memperkaya vitae kurikulumnya dengan pengalaman di luar negara.

    “Saya merancang pulang banyak kali sejak beberapa tahun lalu, namun terdapat perkara yang berlaku di Turki, jadi saya mengubah fikiran saya,” katanya. Tindakan menyekat bantahan antikerajaan dan serangan keganasan, yang melanda negara pada tahun 2016, membuat seseorang berfikir dua kali untuk menetap di Turki.

    Sementara itu, rampasan kuasa yang gagal mendorong satu tindakan keras yang didakwa oleh pengkritik selalu digunakan untuk memburu penentang Erdogan dan bukan sahaja pemberontak.

    “Kenapa saya harus menderita apabila terdapatnya pilihan yang lebih baik di tempat lain? Apa yang saya lakukan di sebuah negara tanpa keadilan?” kata seorang guru bahasa Inggeris berusia 33 tahun, yang seperti beberapa orang, bersetuju untuk bercakap kepada AFP dengan syarat namanya tidak disiarkan.

    Menurutnya, dia mengambil langkah pertama untuk meninggalkan negara, bersama isteri dan anak-anaknya, menjelaskan dia rasa mereka “berhak menikmati taraf hidup yang lebih baik.”

    “Tidak adanya lagi tempat untuk filem bebas di Turki,” tambah penerbit filem berusia 26 tahun itu, yang merancang berpindah ke Paris.

    Keputusan yang berani

    Sektor akademik telah terjejas teruk oleh penyingkiran selepas rampasan, yang melihat lebih 50,000 orang ditahan dan lebih 140,000 dipecat atau digantung. Lebih daripada 5,500 ahli akademik telahpun dipecat berdasarkan arahan di bawah keadaan darurat yang dikenakan selepas percubaan pemberontakan, menurut akhbar Hurriyet pada bulan lalu. Ada di antara mereka dituduh mempunyai hubungan dengan rampasan kuasa yang gagal, yang lainnya dikaitkan dengan pertubuhan pengganas, namun ramai mengadu tidak mempunyai penjelasan atas pemecatan mereka.

    “Jika anda meluahkan sebarang pendapat politik (sebagai seorang ahli akademik), ia mungkin mendedahkan anda kepada risiko,” kata seorang warga Turki berusia 28 tahun, yang menetap di Montreal, menerusi telefon, yang memilih untuk tinggal di sana selepas menerima ijazah kedoktorannya. “Ia adalah satu keputusan yang berani untuk mengejar cita-cita akademik di Turki sekarang.”

    Merve, seorang pelajar PhD dalam jurusan komunikasi, akan menyertai rakannya tidak lama lagi, yang juga seorang ahli akademik, di Budapest. Kedua-duanya percaya adalah “terlalu sukar” dalam persekitaran hari ini untuk menceburi diri dalam kerjaya akademik di Turki.

    “Semua orang sedang membuat pilihan, memikirkan mengenai masa depan mereka, maka saya memilih untuk meninggalkan negara,” tambah beliau.

    Mereka yang mungkin meninggalkan negara adalah siswazah, yang “mempunyai peluang yang lebih baik untuk diterima di negara yang ingin dikunjungi oleh mereka,” kata Sunata. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda