Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Belia wanita kutip sisa plastik

    DAR ES SALAAM, 8 JAN – Sekumpulan belia wanita mengutip satu tan sisa plastik di sepanjang pantai Lautan Hindi di bandar pelabuhan Dar es Salaam, Tanzania, dalam usaha mereka membantu menyelamatkan lautan itu daripada pencemaran.

    Pengerusi Yayasan Wanita Kitar Semula, Hellen Silas yang mengetuai inisiatif berkenaan berkata sisa plastik itu dikutip di pantai Kawe dekat dengan Lautan Hindi.

    “Kami berada di sini hari ini untuk melakukan aktiviti pembersihan pantai yang telah kami anjurkan bersama-sama pertubuhan alam sekitar dan sukarelawan lain,” kata Silas kepada agensi berita Xinhua.

    Silas berkata program itu akan dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

    “Isu pembuangan sisa plastik di lautan akan berakhir jika kita terus meningkatkan kesedaran dan mengubah minda orang ramai,” katanya. – Bernama

    Antara sampah sarap yang berjaya dikutip di pantai Kawe baru-baru ini. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...