Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Beliawanis masjid anjur Forum Bicara An-Nisa sempena Hari Keputeraan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPT – Kumpulan Beliawanis Masjid Ash-Shaliheen dengan kerjasama Unit Belia, Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid telah mengadakan Forum Bicara An-Nisa sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertempat di masjid berkenaan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Penolong Pengarah Pengajian Islam (Perkhidmatan dan Korporat), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dayang Haslinah Susanti binti Haji Mohd Hassan.

    Moderator bagi forum yang bertajuk ‘Ibu Bapa, Jambatanku ke Syurga’ itu ialah Beliawanis Masjid Ash-Shaliheen, Dayang Izzati binti Haji Hamdani. Sementara ahli panel terdiri daripada Dayang Norhayati binti Abdul Rahman dari Pusat Dakwah Islamiah dan penceramah bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Hajah Siti Nurul Hazwani binti Haji Mohd Yussof.

    Penolong Pengarah Pengajian Islam (Perkhidmatan dan Korporat) Kementerian Hal Ehwal Ugama hadir pada majlis tersebut. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...