Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Bell Ngasri dicop ‘ikon’ tak puasa

    Gara-gara melakonkan watak tidak berpuasa dalam telefilem 16 Puasa dan 17 Puasa arahan Allahyarham Mamat Khalid, Bell Ngasri, 42, terus dicop sebagai ‘ikon’ bagi golongan yang culas berpuasa setiap kali Ramadan.

    Bell berkata, dia sudah biasa berdepan situasi ini walaupun watak itu sudah beberapa tahun dilakonkan.

    “Saya dah lali dengan benda itu dan apa yang berlaku. Kadang-kadang saya puasa pun orang cakap saya tak puasa. Itu pun satu masalah buat saya.

    “Saya juga tak pernah terasa hati atau sedih sebab dicop sampai begitu kerana saya hanya menjalankan tugas bagi melakonkan watak ini,” katanya kepada Harian Metro.

    Menurutnya, dia mulanya membawakan watak Dak Ngas untuk telefilem 16 Puasa dan 17 Puasa. Namun ditukar kepada Barkoba dalam 18 Puasa Di Kampong Pisang serta siri Kampong Pisang yang lain.

    “Mesejnya dalam cerita ini supaya orang ambil iktibar dan jangan tiru perangai begitu. Jadi, saya tak pernah terasa hati dicop peminat dengan gelaran ini,” ujarnya.

    “Semestinya saya rasa rindu berlakon dengan arwah Mamat sebab ikutkan sebenarnya dia rancang nak buat Kampung Pisang sehingga 20 siri dan hanya sempat hasilkan hingga 18 saja,” katanya.

    Bell mendoakan legasi Mamat tidak terhenti setakat ini saja dan diteruskan atau disambung oleh anaknya, Amin. – Agensi

    Bell tidak pernah terasa hati sebab dicop sampai begitu kerana dia hanya menjalankan tugas bagi melakonkan watak tersebut. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...