Bella Astillah azam turun berat badan

Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah meletakkan sasaran untuk mengurangkan berat badan sebanyak 18 kilogram selepas selamat melahirkan anak kedua pada 18 Julai lalu.

Bella berkata dia berazam menguruskan badan kerana terkesan dengan hinaan warganet sepanjang tempoh kehamilan.

“Ini adalah sasaran saya iaitu 42.8 kilogram. Sejak mengandung ramai komen tentang berat saya.

“Itu salah satu perkara membuatkan saya rasa tidak yakin… ya saya gemuk! Saya sedang berusaha menurunkannya.

“Tolong bantu saya dapatkan berat ini. Boleh Bella tahu ibu-ibu lain selepas bersalin berat berapa? Boleh kongsi? Berat sekarang 60 kilogram!,” katanya.

Penyanyi lagu Tenang ini berkongsi impiannya untuk mendapatkan berat badan ideal menerusi laman Instagram.

Sementara itu, rata-rata pengikut memberikan cadangan dan pandangan mengenai cara terbaik mengurangkan berat badan antaranya berpantang dan memberikan susu badan kepada anaknya.

“Tidak mengapa Bella, biasalah masa mengandung berat memang naik, masa pantang nanti kuranglah balik…makan makanan yang berkhasiat, Bella mesti boleh punya!

“Teruskan menyusu anak… Insya Allah lagi cepat bantu turunkan berat badan,” komen pengikut. – Agensi

Fattah Amin mendedahkan bahawa dia sentiasa ikut SOP semasa di set penggambaran kerana risau keselamatan isteri dan anak dalam kandungan. – Agensi