Wednesday, October 5, 2022
30 C
Brunei

Bella Astillah rimas ditegur pakai baju raya ‘oversized’

-

Perkongsian foto pelakon dan penyanyi Bella Astillah bersama anaknya, Mohamad Ayden Adrean menggayakan baju raya berwarna biru di Instagram mendapat perhatian warganet.

Namun menurut Bella, 26, dia begitu terkesan dengan komen negatif yang mengatakan pemilihan baju besar atau oversized seperti digayakannya bertujuan untuk menutup perut yang semakin membesar.

Menurut pemilik nama Dayang Nabellah Awang Astillah, dia tidak perlu berasa malu dengan keadaan perutnya kerana berita kehamilannya sudah diketahui umum.

Malah, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini juga ada menyimpan gambar ketika sesi fotografi kehamilan (maternity shoot) dan akan berkongsi mengikut waktu yang bersesuaian.

“Baju raya Bella semua besar sebab mahu ke-selesaan… tapi ada akaun palsu beri komen cakap saya malu nak tunjuk perut. Astaghfirullahalazim… sampai beristighfar.

Warganet pertikaikan baju raya Bella Astillah. – Agensi

“Pertamanya saya rasa semua dah tahu saya hamil. Kedua, kalau hamil wajib ke post tunjuk perut dengan baju ketat. Boleh ke saya buat macam tu?

“Kena kecam tak? Ada saja gambar maternity shoot tapi masa itu Bella hormat bulan Ramadan tak sesuai untuk post dan sekarang raya macam tak sesuai juga,” kata Bella.

Penyanyi lagu Tenang itu mendedahkan perkara tersebut menerusi ruangan Instastory selepas menerima pelbagai komen mengenai pemilihan pakaiannya di laman sosial.

Menerusi laporan pada 26 April lalu, Bella mengesahkan dia dan Aliff sudah kembali rujuk sebagai suami isteri ketika mereka masih dalam edah dan turut akui dia sedang hamil anak kedua mereka. – Agensi

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

3 maut, 20 hilang bot Rohingya karam

COX’S BAZAR, BANGLADESH, 4 OKT - Tiga maut manakala hampir 20 lagi hilang selepas bot yang membawa kebanyakannya pelarian Rohingya, terbalik di Teluk Benggala...
- Advertisment -