Bella Astillah selamat melahirkan anak perempuan

Pelakon Bella Astillah meluahkan rasa syukur kerana akhirnya dia selamat melahirkan anak damit perempuan di sebuah hospital pada pukul 6:10 pagi, baru-baru ini.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 26, memberitahu dia tiba di hospital kira-kira pukul 3:30 pagi dan melalui proses bersalin selama dua jam setengah.

“Syukur Alhamdulillah… Bella dah selamat bersalin. Terima kasih sangat kepada yang sentiasa mendoakan Bella. Yay… ini merupakan swafoto pertama kita bersama.

“Sampai hospital tadi 3:30 pagi, anak saya keluar pukul 6:10 pagi. Alhamdulillah… (abang dulu satu jam setengah, adik ini dua jam setengah)” kata Bella.

Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu turut berkongsi swafoto pertama dia bersama anak keduanya yang ditutup wajah di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada warganet yang juga mendoakan agar Bella dan anaknya dalam keadaan baik.

Bella berkahwin dengan Aliff pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohd Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun. – Agensi

Bella Astilah telah selamat melahirkan akan kedua bersama suaminya, Aliff Aziz. – Agensi