Thursday, October 10, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bella elak terjebak cinta lokasi

    Enggan menimbulkan sebarang fitnah dan menghalang terjebak dengan cinta lokasi membuatkan pelakon Bella Astillah meletakkan batasan ketika menjalani penggambaran, lapor BH Online.

    Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata sebagai permulaan, dirinya tidak akan menggunakan panggilan mesra dengan aktor yang digandingkan dengannya, selain berhubung hanya untuk perkara berkaitan kerja sahaja.

    Katanya, amalan itu dilakukan ketika menjayakan drama rantaian bersama pelakon Ezaidi Aziz dan Shahidan Izwan berjudul Satu Hari Nanti.

    “Alhamdulillah, setakat ini, kami tak ada apa-apa masalah sebab saya dah sudah kenal Ezaidi lama. Kami saling menghormati. Perasaan hormat paling penting bila kita berlakon bersama.

    “Di set, kami kena ada batas terutama antara wanita dan lelaki. Macam Ezaidi dan Shahidan, mereka bergurau sesama mereka sahaja, tiada kacau pelakon wanita lain.

    “Macam saya dengan Ezaidi banyak babak bersama dan luangkan masa lama. Secara kebetulan, kami juga sudah kerap berlakon bersama.

    “Justeru, lebih baik kami mulakan dengan panggilan kau dan aku sahaja sebab bila makin lama jalani penggambaran bersama, ia akan ada bonding.

    “Macam mana kita nak elak supaya tidak timbul perasaan ke apa, mulakan dengan panggilan dan apa sahaja keperluan, biar di tempat kerja sahaja. Tak adalah sampai nak jalan-jalan di luar,” katanya ditemui pada majlis sidang media drama Satu Hari Nanti di Mutiara Damansara, semalam.

    Ditanya adakah bimbang akan jatuh cinta dengan pasangan gandingan, Bella menegaskan perkara itu tidak mungkin akan berlaku kerana sudah menganggap aktor itu seperti keluarganya sendiri. – Agensi

    Bella enggan menimbulkan fitnah dan elak terjebak cinta lokasi ketika menjalani penggambaran drama. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda