Bella Hadid dedah hidap ‘anxiety’

Perkongsian foto yang memperlihatkan wajah model terkenal Bella Hadid menangis di Instagram menarik perhatian warganet.

Menerusi kapsyen di perkongsian itu, Bella turut memuat naik kata-kata daripada rakan selebritinya, Willow Smith berhubung dengan masalah kesihatan mental. Bella turut memberi bayangan bahawa dia sendiri sedang berdepan dengan masalah ‘anxiety’ sejak beberapa tahun lalu sehingga kini.

“Saya sayang kamu dan kata-kata kamu. Ia membuatkan saya berasa tidak keseorangan dan sebab itu saya kongsikan ini. Ada sesuatu istimewa dan unik untuk ditunjukkan. Ini adalah diri saya setiap hari dan malam sepanjang beberapa tahun sehingga kini,” tulisnya.

Rata-rata warganet melahirkan rasa simpati dan berharap model terkenal itu agar kuat semangat serta diberikan kesembuhan cepat.

Dalam pada itu, kakak kepada model Gigi Hadid ini juga memberitahu dia juga akan sentiasa bersama orang yang mengalami masalah kesihatan sepertinya.

“Kepada sesiapa yang berdepan masalah ini, tolong ingat yang awda tidak keseorangan,” kata Bella. – Agensi

Bella memberi bayangan bahawa dia sendiri sedang berdepan dengan masalah ‘anxiety’ sejak beberapa tahun lalu sehingga kini. – Agensi