Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Bella Hadid mengaku menyesal bedah hidung

    Supermodel terkenal, Bella Hadid menyesal melakukan pembedahan pada bahagian hidung semasa dia masih remaja.

    Menurut laporan Insider, Bella berkata dia sudah memiliki bentuk hidung sempurna dan tidak sepatutnya melakukan pembedahan berkenaan.

    “Saya harap saya mempertahankan hidung keturunan saya ini. Saya rasa saya patut membesar dengannya,” katanya semasa temu bual bersama majalah Vogue edisi April 2022.

    Dalam pada itu Bella turut menjawab dakwaan kononnya dia mengubah wajah terutamanya pada bahagian bibir dan mata.

    Kata Bella, tuduhan dia melakukan pembedahan pada muka menjadi topik perbualan kerana perbezaan foto semasa dia masih remaja dan terkini.

    “Orang ramai ingat saya ubah wajah saya kerana satu foto semasa saya remaja nampak tembam. Saya yakin wajah awda juga nampak tak sama semasa berusia 13 tahun?

    “Saya tak pernah gunakan filler (satu rawatan suntikan pada bahagian muka). Mari tamatkan spekulasi ini.” – Agensi

    Bella Hadid menyesal melakukan pembedahan pada bahagian hidung semasa dia masih remaja. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...