Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Bellingham bakal pimpin Dortmund di UCL

    BERLIN, 4 OKT – Pemain remaja England, Jude Bellingham bakal menjadi ketua pasukan Borussia Dortmund dalam perlawanan Liga Juara-Juara buat pertama kali selepas Marco Reus dan Mats Hummels diketepikan.

    Reus dan Hummels tidak akan diturunkan dalam perlawanan esok pagi menentang Sevilla dan tidak akan bersama pasukan berkunjung ke Sepanyol hari ini.

    Reus gagal untuk pulih tepat pada masanya selepas mengalami kecederaan buku lali ketika pertemuan musuh ketat Schalke September lalu, sementara Hummels bakal terlepas dua perlawanan berturut-turut kerana masalah kesihatan.

    Bellingham, 19, dinamakan dalam kumpulan kepimpinan tiga pemain oleh Dortmund dan memimpin pasukan di atas padang buat kali pertama semasa kekalahan 3-2 di tangan Cologne, Sabtu lalu.

    Bercakap selepas perlawanan, Bellingham memberitahu laman sesawang Bundesliga bahawa dia berbesar hati kerana ‘impiannya menjadi kenyataan’.

    Reaksi Jude Bellingham selepas perlawanan menentang Cologne 1 Oktober lalu. – AFP

    “Ketika saya menandatangani untuk kelab ini, ia sesuatu yang saya rasakan mustahil, sehinggalah saya bertemu pemain-pemain.

    “Kemudian, saya menyedari bahawa mereka memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjadi ketua pasukan suatu hari nanti.”

    Bellingham, ketika ini memasuki musim ketiga bersama Dortmund, telah menjadi tonggak utama jurulatih Edin Terzic setakat ini, bermain dalam setiap perlawanan liga, piala dan Liga Juara-Juara.

    Dortmund ketika ini tanpa lapan pemain utama, termasuk Hummels, Reus, pemain tengah Mo Dahoud dan penyerang Amerika Syarikat, Gio Reyna.

    Ketiadaan pemain-pemain utama telah memberikan masalah buat Dortmund.

    Dortmund bolos tiga gol dalam setiap dua perlawanan tanpa kelibat Hummels musim ini, dan turut dibolosi tiga gol selepas dia digantikan semasa kekalahan menentang Werder Bremen.

    Kelab itu hanya dibolosi sekali di Bundesliga apabila Hummels bermain sejak permulaan kempen. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...